Tuesday, February 09, 2010

Goodbye iPhone. Hello Nexus.


wahai kekasih hatiku
inikah yang dinamakan cinta pandang pertama.
sejak pertama kali ku menatapmu,
keanggunanmu membuahkan seribu satu rasa.
tubuhmu yang mongel indah, rupamu mampu mengusir gundah.
sekiranya kau ku miliki,
akan ku lindungi sampai akhir nanti.

-----------------------------------
macam paham.

p/s: eh 100 hari da lepas eh? kwang.

Friday, January 22, 2010

Event of the week.

Assalamualaikum wrt wb.
Bismillahir Rahmannir Rahim.

*brrrrr* sejuk banget amat. banget pong tak sejuk cam gini kan~
dah la hujan lebat dari pagi tadi, campur dengan angin kuskus dia..
sedap betul kalau menjelajah Pulau Bantal.
fuhhh~

tak sabar menanti malam berlabuh. sebab malam ini kan ada 'Ayman Investiture'. consferm best punya la wa cakap sama lu beb. hehz. inshaAllah nanti boleh la korang tgk sekeping dua gambar kitaorang ehk.

cheq nak habaq kat mai ni. la ni, cheq tak boleh blog atau baca email sesangat. sobabnyo, kontrak yang kat nun da habiq la iyo. hujung minggu ni baru la dapek sambung lagi kontrak baru tapi kek tompat lain~ huhuu. kiro kek rumah sat ni cheq lagu cacing kepanasan noh~ iyolah, dapek nonton tv ajo. tapi takpo, buat somentaro ajo ah.

kehekehskhesh. okay maaf, ku tak berapa pandai nak cakap aka taip berloghat ni. *geleng²*

hmmm. okay nak balik. ambil barang fastu berangkat ke kediaman tuan puteri Noraziela Md Suhadi =p

pape beep².

Wassalam.

Saturday, January 16, 2010

gerhana separa.

Assalamualaikum wrt wb.
Bismillahir Rahmannir Rahim.


yeaps, seperti yang kita maklum~
semalam dunia menyaksikan gerhana separa - 15.01.10
tahun ni dah dua kali terjadinya gerhana. mungkin ramai yang tak tahu ada kejadian gerhana bulan pada awal pagi 01.01.10 ;) walaupun tak banyak tempat yang boleh nampak gerhana separa tu, tapi sebagai seorang Muslim, kita wajib beriman kepada Qada' & Qadar Allah. kepercayaan saja tak cukup untuk kita sandang identiti Muslim tu. sebab percaya itu dalam erti kata lain adalah 'believe', manakala iman membawa maksud 'faith'. so believing in something or having faith in something is a totally different matter. *to me la eh* (chey chey, speaking la plak =p) tapi kalau orang tanya kita "Are you a believer or are you a follower?" - afer yang kita nak jawab? heh. soalan yang rumit kan? jawapan dia pun mungkin rumit juga ;)

okay next.

erm.
*blank expression*
it always happens like this. whenever I'm on the post page, I'm lost for words. bila da log-out, baruuuuuuu lah idea nak datang mencurah. chish~ kalau lah ku ni boleh jadi seorang penulis yang profesional. kwang. mungkin taklah seprofesional mana pun kan. sekadar boleh menulis isi hati & berkongsi pendapat serta ilm' bermanfaat yang boleh meninggalkan kesan positif kepada para pembaca ;D negatif tak nak sebab nanti manyak susah latang wor~

pembaca? *tengok sekeliling* masalahnya, blog ni ada ke pembaca? heh. inshaAllah ada la kan, cuma korang ni suka jadi pembaca yang senyap =p tapi jadi pembaca senyap pun merbahaya. sebab, kalau korang tak suka kat aku, abeh korang baca blog aku, terus korang pun rasa menyampah, mesti korang dengan tak puas hatinya akan membebel, macam ayam yang bulu dia kena cabut, kat blog korang ke atau kat mana² platform yang korang ade, pastu korang step bagus, kan tak patut nama dia.

Ayman Investiture dijadualkan hari Jumaat depan - 22.01.10.
carta organisasi Ayman dah dirombak, jadi 2010 akan menemukan muka² seniors & juniors iaitu Ayman Heroes & Legends. mesti best gileeeeeer ah. giler pun tak best cam gini tau ;D kod pakaian adalah formal. jadi kita akan nampak ramai Aymanites yang segak berbaju Melayu atau kemeja & anggun menawan dalam gaun labuh atau baju kurung. wewitz. dah macam 'prom night' la plak. heh.

okay rasanya cukuplah sekadar di sini buat sementara waktu. semoga tahun ni menjadi tahun yang lebih baik dan bermanfaat kepada kita semua, inshaAllah amin!

pape beep².

Wassalam ;)
-----------------

p/s: Md Anas Khairulnizam, please unlink me. Coz' I'm gonna say i miss you alot ;D
pp/s: and you, sorry to say this but it's not gonna work out. and it's because i said so.

Wednesday, January 13, 2010

perlukah aku...

Perlukah aku tunduk
Pada bicara sepi tanpa erti
Yang serik dibisik-bisik
Diucap tanpa henti

Perlukah aku tunduk
Pada rasa yang bertakhta
Hingga ku melambung impian
Untuk menggapai sang purnama

Perlukah aku tunduk
Pada hati yang makin layu
Andai sekeping warkah putih
Tercoret kisah dan pujangga
Yang benar² mengusik jiwa
Menjadi bukti segalanya

Perlukah aku tunduk
Jika semuanya menghimpit
Menyesakkan dada
Membingungkan kepala


Perlukah aku tunduk
Merebut kasih
Yang datang sendiri padaku
Tanpa ku cari
Tanpa ku sendiri mengerti


Perlukah aku tunduk
Andai harga diri menjadi taruhan
Soal hati tak dihiraukan
Hanya keegoan beraja di fikiran

Perlukah aku tunduk
Pada setiap mereka yang menguji
Ketabahan diriku
Mencetus sengsara dalam hidupku

Perlukah aku tunduk
Dan tunduk lagi
Andai semuanya makin membuatku lemas
Makin membuatku hilang arah...~
===========================
Moderator @ istimewa2u
===========================

Wednesday, January 06, 2010

Aymanites 2010.


=)